BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Suami telah menuduh isteri berzina. adakah secara automatik talak sudah jatuh?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, suami yang menuduh isterinya berzina hendaklah melakukan li’an, iaitu li’an menurut istilah fikah (hukum syarak) ialah sumpah laknat suami apabila ia menuduh isterinya melakukan zina. Sumpah itu diucapkan sebanyak empat kali, bahawa tuduhan itu benar dan pada sumpah yang kelima ia meminta laknat daripada Allah SWT sekiranya ia berdusta. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik”. (an-Nuur : 4) Justeru, kes ini hendaklah dikemukakan terus ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk disahkan oleh Hakim Syarie. Kesan li’an dalam perkahwinan adalah suami dan isteri tersebut dipisahkan diharamkan selama-lamanya berkahwin semula dengan isteri yang dili’annya sekalipun isteri tersebut telah berkahwin dengan beberapa orang yang lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 196

message user image