Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Jatuh kah talak jika suami berkata 'saya tunggu awak tau, kita duduk sama - sama dengan mak dan kita sudah tidak boleh hidup sebagai suami isteri, dan saya pulangkan amanah Allah ini kepada mak balik dengan baik.Saya tunggu awak di rumah mak untuk lepas Talak.'
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, kata-kata suami tersebut adalah hasratnya untuk menceraikan isterinya. Belum lagi jatuh talak selagi tidak sampai di rumah mak dan suami tidak menyebut lafaz talak tersebut.. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.