BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya hendak bertanya, apakah hukum mengambil komisyen mencari pelanggan pinjaman wang berlesen? Adakah haram?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, bekerja sebagai konsultan yang mengiklankan dan menarik pelanggan adalah harus dengan syarat produk pinjaman/pembiayaan dari syarikat wang berlesen tersebut adalah patuh syarak. Jika ianya berlandaskan kepada sistem konvensional, yang tidak patuh syarak maka ia dianggap sebagai terbabit dalam perkara kejahatan dan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syarak. Pekerjaan yang asalnya adalah halal, tetapi menyumbang kepada wujudnya transaksi haram maka hukumnya juga adalah haram, seperti individu-individu yang bekerja di syarikat arak, syarikat judi, bank konvensional dan syarikat insurans konvensional. Firman Allah di dalam surah al-Maidah ayat 2:

وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ

Maksudnya : Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah.

Kesimpulannya, jika puan terlibat mempromosikan pinjaman konvensional, adalah dinasihatkan agar memohon pertukaran ke bahagian lain atau hanya mempromosikan pembiayaan islamik yang tidak mempunyai unsur yang dikaitkan sebagai haram dalam pekerjaan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 853

message user image