BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum, saya ingin bertanya, apakah hukum terkena air liur orang cina? adakah perlu di samak? terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, air liur adalah najis mutawassitah. Perlu dicuci dengan cara menyucikan najis mutawassitah, bukan disertu. Adapun, jika air liur yang keluar itu dari mulut orang yang sedang tidur, yang berasal dari perut, berwarna kuning dan berbau busuk, hukumnya adalah najis. Cara menyucikannya ialah dengan menghilangkan ainnya dan sifatnya iaitu rasa, warna dan baunya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 143

message user image