Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalam Ustaz, saya akan menunaikan Umrah pada 14 oktober 2019. Alhamdulilah semua perbelanjaan untuk kesana kelak mencukupi. Anak saya ada membuat rayuan ke universiti tempatan dan sekiranya rayuan berjaya anak saya akan mendaftar pada bulan September ni. Disebabkan memerlukan dana kewangan untuk tujuan perbelanjaan dan pendaftaran Universiti, bolehkah saya membuat gadaian emas untuk tujuan tersebut?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, emas adalah perkara Tahsiniyyah (تحسينيات) bukan Dhoruriyyah (ضروريات). Oleh itu, wajar membuat gadaian emas bagi tujuan pembelajaran anak yang sifatnya adalah fardhu. Adalah dinasihatkan kepada pihak tuan agar mengambil sistem ar-Rahnu, sistem gadaian yang dijamin patuh syarak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.