BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan penjelasan perkara berikut 1. Hukum menyimpan video dan drama yang pelakonnya bukan islam memakai lambang salib 2. Hukum melihat salib


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan; 1. Tiada larangan menyimpan video atau drama pelakon yang memakai lambang salib sekiranya sekadar untuk tontonan sahaja, tetapi ia menjadi haram jika disimpan sebagai mempercayai agama tersebut dan ingin mengamalkannya. 2. Melihat salib tiada larangan, namun boleh menjadi haram jika taksub, mengangungkan serta percaya kepada lambang tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 107

message user image