BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Boleh atau tidak muslim membantu orang bukan muslim dalam melakukan ibadah agama lain. Contoh orang muslim membuka pagar masjid untuk membolehkan orang bukan muslim parkirkan kereta untuk ke gereja kerana bersebelahan


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, perbuatan tersebut adalah harus. Ia dilihat dari sudut toleransi antara agama dalam soal kehidupan seharian yang tidak melibatkan isu aqidah, dan tidak memusuhi orang Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil” (al-Mumtahanah : 8) Disamping dapat mengelakkan kesesakan di jalan raya jika tidak dibenarkan untuk parkir kereta di ruang parkir masjid. Namun, pastikan ia tidak menyebabkan kesukaran kepada jemaah masjid pula, dan tidak menimbulkan fitnah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 136

message user image