Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum w.b.t. Saya ialah bekas ketua pelajar ketika di bangku sekolah dahulu. Sewaktu majlis makan malam tingkatan tahunan, kami semua mengutip duit untuk menjayakannya. Alhamdulillah majlis bejalan lancar. Namun, duit yg digunakan ada lebihnya kerana duit itu sebahagiannya diperoleh melalui sponsor daripada syarikat. Duit yang berlebihan itu disimpan oleh guru kami dan setelah beberapa hari, duit itu hilang. Sekarang sudah hampir 1 tahun duit itu belum diganti semula oleh guru kami. Bolehkah saya selaku ketua tingkatan boleh menghalalkan sahaja duit yang hilang itu. Atau perlukah guru saya itu menggantikan duit itu semula kerana ianya satu jumlah yang besar?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, berkenaan lebihan duit tersebut, ia hendaklah ikut kepada tujuan ketika kutipan dilakukan. Justeru, mereka yang terlibat berhak untuk ke atas duit lebihan tersebut yang dibahagi sama rata. Justeru, mereka jugalah yang berhak untuk menghalalkan atau minta diganti semula, kerana kehilangan yang berlaku, adalah tanggungjawab guru sebagai pemegang amanah terhadap wang tersebut.
Sekian, terima kasih.