Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Jatuhkah talak jika suami berkata, "nanti kau ambil semua barang-barang kau dalam rumah aku, kau tak layak bergelar isteri, pelacur murahan"
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, apa yang suami katakan tersebut bukanlah ayat berbentuk lafaz cerai. Selama mana suami tidak melafazkan perkataan cerai secara soreh (jelas), belum lagi berlaku perceraian. Pihak puan dan suami dinasihatkan agar dapat merujuk perkara ini di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran bagi mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan dan penjelasan mengenai perkara ini selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.