BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam, kalau sahabat saya bergurau dengan mengatakan bahawa dia ternampak makhluk halus berpakaian jubah lalu bergurau dengan berkata "dia baru balik umrah/haji kot hahaha" dan saya turut tergelak (tidak sengaja), adakah ini dikira mempersendakan agama dan membatalkan akidah saya? Adakah wuduk saya terbatal apabila perkara ini terjadi @ sekiranya seseorang itu murtad?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, gurauan tersebut tidaklah menyebabkan terbatalnya aqidah atau terbatalnya wuduk atau murtad. Ia merupakan gurauan kosong/ lagho. Dalam pada berbual dengan kawan-kawan, hendaklah bercakap dengan perkataan yang baik-baik dan bermanfaat. Firman Allah SWT; وَقُولُواْ لِلنَّاسِ حُسْنًا Maksudnya : “Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia.” (al-Baqarah : 83) Ataupun jika tiada perkara yang baik untuk dibualkan, adalah lebih baik berdiam. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan aaripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam” (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 125

message user image