Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam, kalau ada tahi mata pada tempat keluarnya tahi mata (bukan pada kulit di celah mata), adakah ia menghalang air wuduk?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, tahi mata tersebut tidaklah menghalang air wuduk, kerana berada di dalam mata. Walau bagaimanapun, hendaklah dikeluarkan dan dibersihkan terlebih dahulu lebih-lebih lagi untuk menunaikan solat agar tubuh badan sentiasa bersih untuk menghadap Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.