BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum w.b.t. Tuan / Puan, Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin bertanya secara khusus, apakah hukumnya jika seseorang itu memasak & memakan perut lembu yang berwarna hitam? Hal ini demikian kerana memandangkan umat islam baru sahaja menyambut Hari Raya Aidiladha, maka banyaklah bahagian-bahagian daripada anggota badan lembu yang diterima termasuklah perut lembu yang berwarna hitam. Secara umumnya, masyarakat di Malaysia (khususnya orang melayu) tahu bahawa penyediaan perut lembu biasanya berwarna putih (yakni dicuci dengan kapur sehingga menjadi putih dan barulah dimasak) dan mengatakan perut lembu hitam tersebut adalah najis walaupun telah dibersihkan dengan sebaiknya. Malahan, masih ada lagi terdapat segelintir orang islam yang mengecam & mencela apabila seseorang berkongsi cara masakan tersebut. Jadi, soalan saya disini adalah:- 1. Adakah betul perut lembu yang berwarna hitam itu najis? 2. Apakah hukumnya sekiranya orang islam makan perut lembu tersebut? 3. Adakah terdapat dalil atau nas-nas yang menyokong perkara tersebut? Saya amat berharap agar pihak Tuan / Puan dapat memberikan penjelasan berkenaan dengan perkara diatas kerana saya percaya adalah lebih baik untuk saya sebagai umat islam agar mendapat nasihat daripada yang lebih arif bagi mengelakkan sebarang permasalahan @ kemusykilan dan mengelakkan makanan tersebut dicela oleh masyarakat (khususnya orang islam) yang tidak tahu akan perkara sebenar.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan; 1. Secara umum, perut lembu yang telah dibersihkan dan dibuang najis ainnya sehingga hilangnya tiga sifat iaitu bau, warna dan rasa, maka ia tidaklah dipanggil najis. 2. Hukum memakan sesuatu yang sudah diyakini kesuciannya adalah harus. 3. Nas secara umum adalah sebagaimana firman Allah SWT ; وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ Maksudnya : “Dan Allah menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk;” (al-A’raf : 157) Buruk yang dimaksudkan di dalam ayat di atas termasuklah benda-benda najis dan benda-benda yang boleh memudharatkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 488

message user image