BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustadz, saya ada 1 soalan berkaitan dengan doa dan bencana. 1. Rasullullah ada cakap, jika kita bersungguh-sungguh doa (Di tempat mustajab, sujud/tasyahud akhir) Allah akan makbulkan doa kita. 2. Rasulullah juga ada cakap, amalan kekal selepas kematian antaranya (anak soleh yang mendoakan untuknya) Kebiasaannya dalam masyarakat kita akan baca al-quran kepada keluarga terdekatnya ketika meninggal dunia sebelum disimpankan. Soalan saya, 1. Apakah ini dibolehkah? Jika dikhabarkan berita kematian ibu/bapa. Kita dirikan solat taubat, solat hajat. 2. Lalu sujud yang lama, tasyahud yang lama untuk doakan keampunan kepada ibu/bapa kita itu. Adakah ini bid'ah? atau tidak lakukan oleh Rasulullah. Sebab saya percaya, waktu ditimpa bencana itu, pasti kita akan berdoa bersungguh-sungguh dan Allah makbulkan.Seperti keampuanan kepada ibu/bapa, angkat seksa kubur buatnya, lapangkan kuburnya, masukkan rohnya dikalangan orang yang beriman?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, antara sunnah apabila mendapat khabar kematian atau musibah adalah dengan melafazkan ayat sebagaimana firman Allah Allah SWT : الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Maksud: “(iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. (al-Baqarah : 156) Seterusnya adalah dengan mendoakan keampunan buat si mati. Hukum mendoakan si mati di dalam solat sunat ketika sujud yang terakhir sebelum duduk tahiyat akhir atau berdoa ketika berada di dalam duduk tahiyat akhir sebelum salam adalah harus. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 151

message user image