Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Ada dua orang makmum sedang masbuk dalam solat masing-masing bersebelahan. seorang sebelah kanan telah selesai dan sedang berdoa, dan sebelah kiri masih dalam rakaat. Ada seorang datang dan ingin makmum tetapi makmum sebelah kiri belum selesai doa. Boleh kah orang itu menegur atau meminta makmum yang sedang berdoa itu untuk beri laluan untuknya kerana dia ingin menjadi makmum kepada orang yang belum selesai solat itu?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, boleh menegur orang tersebut kerana pertamanya dia telah selesai solat. Keduanya, orang yang baru datang itu tidak mahu tertinggal solat berjemaah. Orang yang berdoa boleh beralih sedikit atau berdoa di mana-mana ruang yang tiada orang solat. Keutamaannya adalah memberi orang lain melakukan solat fardhu berjemaah, berbanding berdoa selepas solat yang hukumnya sunat. Bermakna, masing-masing saling peka dan menghormati hak sesama muslim yang lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.