BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Apakah hukum melanggan syarikat telekomunikasi atau telco yang mana sebahagian saham syarikat tersebut dimiliki oleh syarikat perjudian.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة 

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum asal menggunakan perkhidmatan telco yang sebahagian sahamnya adalah milik syarikat yang tidak patuh syarak adalah harus, selagimana perkhidmatan tersebut tidak menyumbang secara langsung kepada aktiviti yang bertentangan dengan syarak. Dalam hal ini kita tidak melibatkan diri secara langsung kepada pemilikan saham tersebut (syarikat perjudian). Dosa perjudian tersebut ditanggung oleh pihak syarikat.

Jika diketahui secara jelas dan sahih bahawa pemilik atau syarikat telco tersebut terlibat aktif dan mendapat keuntungan besar daripada perjudian, maka sebaik-baiknya ditinggalkan penggunaannya, lebih-lebih lagi jika ada alternatif telco lain yang tidak terlibat dengan unsur haram.

Namun, jika tidak ada alternatif lain, atau maklumat yang ada tidak jelas dan tidak meyakinkan, dan perkhidmatan itu digunakan untuk keperluan yang sah di sisi syarak, maka penggunaan itu dibolehkan, serta berusaha mencari pilihan yang lebih bersih sebaik sahaja berpeluang.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 305

message user image