BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalmualaikum. soalan saya berkaitan dengan isu talak baru-baru ini, seorang suami mengatakan "kalau lepas ni kau bersembang duduk satu meja dengan lelaki, aku ceraikan kau talak 1" situasinya, isteri (peniaga kedai makan) bersembang dengan seorang lelaki yang mana telah diingatkan berulang kali untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. (atas dasar untuk menjaga maruah diri & suami) persoalannya, dalam keadaan yang macam mana boleh terjatuhnya talak? adakah apabila isteri bersembang dengan mana-mana lelaki / duduk satu meja dengan lelaki lain / bersembang satu meja dengan kumpulan orang yang wujudnya lelaki dalam keadaan tersebut.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, lafaz suami berbunyi : “Kalau lepas ni kau sembang duduk satu meja dengan lelaki, aku ceraikan kau talak 1”, itu merupakan lafaz talak secara taklik. Bermakna, sebaik sahaja lafaz taklik itu, jika isterinya sembang, duduk satu meja dengan lelaki (mana-mana lelaki), maka jatuhlah talak ke atas isteri tersebut. Justeru, pasangan tersebut hendaklah mengemukakan perkara ini terus ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk urusan selanjutnya والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 84

message user image