BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Keluarga yang susah bapa nya oku ibu nya hanya menjual jagung di kampung. Anaknya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan, bolehkah saya memberi zakat kepada anak beliau bagi tujuan yuran dan perbelanjaan melebihi rm1000.00. Atau ada kuantiti atau nilai tertentu untuk seseorang fakir atau miskin.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, tuan boleh terus memberi zakat kepada anak tersebut kerana termasuk dalam golongan asnaf fi sabilillah. Adapun, sekiranya seseorang individu yang ingin mengagihkan zakatnya secara sendiri, ia perlu memberikan zakatnya itu sekurang-kurangnya kepada tiga asnaf. Tetapi, lebih afdhal bayar melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS). Penentuan seseorang itu fakir atau miskin adalah berdasarkan kepada had kifayah masing-masing. Boleh rujuk kepada link berikut: https://www.zakatselangor.com.my/agihan-zakat/kalkulator-kelayakan/ والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 80

message user image