BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah murtad membatalkan wuduk? Apakah telur busuk itu najis? Isi telur busuk itu telah menjadi warna hitam


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, 1. Murtad tidak termasuk dalam perkara-perkara yang membatalkan wuduk dalam mazhab Shafie. 2. Telur busuk dikira sebagai najis mutawassitah dan makruh jika memakannya. Jika terkena pada anggota badan atau pakaian, perlu disucikan seperti biasa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 134

message user image