Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Pertanyaan: Makanan yg dibeli (ayam) dari kedai tidak halal yang diyakini menjual khinzir . Dibungkus dan diletakkan didalam plastik . Apakah Hukumnya jika terpegang luaran plastik itu. Adakah perlu disamak , apakah hukumnya secara umum untuk meghadapi situasi seperti ini
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, dalam keadaan sedemikian tidaklah perlu disertu tangan yang terpegang plastik tersebut, kerana yakin yang dipegang itu adalah ayam bukannya khinzir. Namun, jika bercampur plastik ayam dan plastik khinzir, perlu sertu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.