BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum mengunakan "menstrual cup for periods" di sisi Islam. Memerlukan penerangan. terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, dibolehkan menggunakan Menstrual Cup selagimana tidak membawa kepada kemudharatan kepada penggunanya. Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi mengenai Menstrual Cup ini, ia banyak membawa kepada kemudharatan dan terdapat juga kebaikan jika memang mengalami masalah haid yang tidak henti. Contoh kemudharatan seperti; - Memecahkan selaput dara - Boleh menghadapi sindrom kejutan toksik (toxic shock syndrome) - Jangkitan bakteria, deman panas dan pening kepala - Tekanan darah rendah - Sakit otot, muntah-muntah, cirit birit Adapun, perkara ini boleh menjadi haram jika ia tidak selamat digunakan. Sebaiknya, gunakanlah sesuatu yang memberi keselesaan dan kebaikan kepada kondisi badan masing-masing. Boleh merujuk kepada penerangan melalui doktor pakar seperti link berikut: https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/12/09/will-inserting-a-tampon-or-menstrual-cup-break-the-hymen والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 102

message user image