BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum Baru-baru ini saya ada berbalah dengan suami saya melalui whatsapp perbualan tersebut seperti berikut: isteri : awak izinkan saya keluar rumah tak? suami :kalau saya tak izinkan awak keluar nanti awak minta cerai pulak.tak pasal-pasal saya jadi duda,tak apalah saya izinkan. kemudian saya cakaplah jangan tulis perkataan yang boleh merosakkan hubungan ni saya suruh dia fikir dulu sebelum tulis atau cakap sesuatu. suami : saya bagi je awak keluar pergi lah.kenapa tak boleh sebut cerai. bukan saya ceraikan awak pun. kemudian saya beritahu dia lagi jangan sebut perkataan macam tu takut tersalah tulis atau cakap. suami saya masih lagi tulis suami:kalau saya tak izinkan awak keluar walau sekali mesti awak minta cerai punya.mestilah saya izinkan. suami:saya andaikan saja kaalu awak minta cerai sebab marah awak keluar malam dengan kawan-kawan. suami:memang tak niat la,cuma saya takut kalau saya tak izinkan walau sekali keluar malam dengan kawan-kawan,saya takut awak minta cerai itulah saya maksudkan. jadi saya ingin kepastian dengan apa yang suami saya tulis ini musykil sama ada jadi atau tidak


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, perbualan dalam Whatsapp tersebut tidaklah menyebabkan jatuhnya talak, kerana apa yang suami maksudkan itu bukanlah lafaz atau niat untuk bercerai. Sebaiknya puan, jika suami sudah mengizinkan untuk keluar rumah, puan ucapkanlah terima kasih kepada suami. Adalah dinasihatkan agar tidak perlu panjangkan perbualan yang berbentuk perbalahan dan sebagainya. Khuatir bila berlaku lagi perbalahan, akan berulang isu yang sama. Sentiasalah berdoa supaya rumahtangga bahagia dan dirahmati Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 107

message user image