BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Pertanyaan: Assalamualaikum. saya ada beberapa persoalan berkaitan dengan isu zihar. satu hari kawan saya telah berjumpa dengan abang ipar saya (abang kepada isteri saya) setelah itu saya menaiki kereta bersama kawan saya menuju ke kedai untuk minum. semasa dalam kereta kami berbual-bual kosong. tiba-tiba kawan saya dalam nada agak mengejek berkata "abang ipar ngko badan besar tapi takde bontot" saya pun berkata " keluarga dia memang macam tu la". (maksudnya keluarga abang ipar saya memang mempunyai punggung yang leper). dalam situasi ini adakah saya telah melakukan zihar. padahal saya tidak berniat pun untuk menziharkan isteri saya. mohon jawapan dari pihak ustaz. terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, lafaz tersebut bukanlah berbentuk zihar, kerana tidak menepati rukunnya. Sedangkan yang dimaksudkan dalam perbualan itu adalah abang ipar kepada tuan. Zihar ialah perkataan seorang suami yang menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya atau menyamakan mana-mana anggota isteri. Perempuan yang diharamkan berkahwin tersebut hendaklah yang diharamkan berkahwin buat selama-lamanya, seperti ibu dan anak perempuan, beserta dengan niat zihar atau membawa makna zihar iaitu ingin mengharamkan hubungan suami isteri. Firman Allah SWT yang bermaksud; “Orang-orang yang "ziharkan" isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun”. (al-Mujaadalah : 2) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 163

message user image