Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, ada sepasang suami isteri sedang bergaduh. Secara tidak sengaja si isteri bertanya kepada suami mengapa tidak melepaskannya sahaja. Lalu si suami menjawab. "Ha... Jom lah ke mahkamah kalau nak sangat" Lalu keesokan paginya si suami cakap pada isteri yang dia tidak berniat begitu. Soalannya, adakah itu jatuh talak ustaz?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, perbualan dalam pergaduhan tersebut tidaklah menyebabkan jatuhnya talak, kerana kata-kata suami, “Ha...Jom laa ke mahkamah kalau nak sgt”, bukanlah lafaz cerai yang sohih dan suaminya juga tidak berniat begitu. Walau bagaimanapun, mereka adalah dinasihatkan supaya merujuk perkara ini ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran bagi mendapatkan pengesahan mengenainya kerana perkara ini adalah di bawah bidang kuasa pihak mahkamah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.