Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya duduk di rumah kerajaan. Orang yang duduk di rumah ini dahulu telah menanam beberapa pokok buah-buahan. Adakah saya berhak ke atas pokok tersebut atau pokok tu masih kepunyaan dan hak orang yang tanam walaupun orang tersebut telah berpindah
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, pokok buah-buahan yang ditanam dikawasan perumahan kerajaan tidaklah menjadi hak individu walaupun orang tersebut yang menanamnya. Ia boleh dimanfaatkan oleh orang lain yang menduduki rumah tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.