Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum Dr. Nak tanya pasal hukum. Imam suka campur bacaan surah dalam solat. Contohnya rakaat pertama surah A Kahfi ayat 1 - 10. Rakaat kedua pulak surah An Naba ayat 27 - 40. Saya dan jemaah rasa pelik sebab cerita ayat berlainan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, Imam Nawawi Rahimahullah berkata : “Telah berkata para ashab kami : “Yang sunnah adalah dengan membaca al-Quran dengan mengikut tertibnya secara berterusan. Maka, apabila seseorang itu membaca pada rakaat yang pertama hendaklah dia membaca pada rakaat yang kedua surah selepasnya yang bersambung dengan surah pertama itu tadi”. Sunat membaca mana-mana surah atau ayat Al-quran, tidak disyaratkan mesti berturutan ayat tersebut. Tetapi lebih afdal adalah dibaca dengan mengikut tertib. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.