BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum wbt.. Saya dan keluarga telah melakukan ibadah korban sunat pada 11.08.2019 di kampung saya di Selangor. Saya telah mengemukakan 7 nama ahli keluarga untuk seekor lembu. Dengan persetujuan oleh pihak surau, mereka telah menguruskan pembelian lembu dan menguruskan sembelihan dan pengagihan. Saya mohon pencerahan atas perkara-perkara dibawah kerana saya telah cuba google soal jawab berkenaan korban tetapi tidak jumpa jawapan kepada kemusykilan saya ini. Soalan saya: 1. Bagaimanakah pengagihan daging korban kepada keluarga saya yang mengemukakan 7 nama berbeza (Ibu, Ayah, 4 anak dan 1 pakcik)? 2. Bolehkah bahagian korban yang saya dapat, disedekahkan pada jiran-jiran saya yang susah dan miskin yang tinggal di luar kawasan korban (saya tinggal di Puchong, tetapi korban dilakukan di Cheras)? 3. Adakah saya hanya berhak mendapat 1 bahagian sahaja daripada 7 nama yang saya berikan kerana pihak surau menyatakan lembu di bayar oleh ketua keluarga (ayah) jadi bahagian korban yang dapat cuma 1. Benarkah? - ini dijelaskan oleh pihak surau yang katanya merujuk kepada 3 ustaz yang berbeza di negeri Pahang. Benarkah walaupun tiada lafaz dari saya atau suami saya yang mengatakan kami menyerahkan semua bahagian lembu itu pada pihak surau? Terima Kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan; 1. Tertakluk kepada persetujuan penama korban dan pihak surau atau masjid, dan secara umumnya setiap penama sebaik-baiknya diagihkan 1/3 daripada jumlah daging korban. 1/3 lagi untuk fakir miskin, dan baki 1/3 lagi diagihkan kepada orang awam. 2. Bahagian korban yang diperolehi boleh disedekahkan kepada jiran atau rakan. 3. Setiap penama wajar menerima bahagiannya, kecuali korban nazar. Sebaik-baiknya 1/3 daripada bahagian tersebut diagihkan seperti dalam para 1 di atas. Ini kerana, peserta disunatkan merasai dagingnya. Pembahagian ini merupakan kaifiat cara dalam pengagihan daging korban. Ia bukanlah hak yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pelaksana Korban di surau berkenaan. Sebenarnya ibadah korban yang puan dan penama-penama lain telah terlaksana dengan penyembelihan tersebut. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu”. (al-Haj : 37) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 80

message user image