BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam. Apa hukum nya menderma rambut kepada pesakit kanser?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Hukum menderma rambut berbeza hukumnya mengikut keadaan. Sekiranya rambut itu diberikan untuk disambungkan dengan rambut yang lain maka haram hukumnya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda:

لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ، وَالْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ

Maksudnya: Nabi SAW telah melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta disambungkan rambut, wanita yang bertatu dan minta untuk ditatukan. (Riwayat Al-Bukhari)

Perkataan laknat di dalam hadis di atas membawa maksud pengharaman dan sebab pengharaman adalah kerana berlakunya penipuan serta mengaburi pandangan orang lain dengan mengubah ciptaan Allah SWT. Oleh itu, segala perkara yang boleh membawa kepada penyambungan rambut meskipun dengan menderma rambut tersebut, maka ianya diharamkan. Tiada keperluan menderma rambut kepada pesakit kanser, jika sekiranya sembuh penyakitnya, rambutnya yang gugur akibat rawatan boleh tumbuh semula. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 1945

message user image