Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Kereta orang Islam yang tidak tersengaja mengangkut bungkusan makanan yang mengandungi daging khinzir, namun bungkusan makanan tersebut dibaluti dengan beg plastik. Adalah wajib untuk disamak ataupun tidak kerana bungkusan makanan tersebut tidak menyentuhi mana mana permukaan kereta tersebut.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, ia tidak perlu disertu kerana makanan yang mengandungi daging khinzir itu tidak terkena pada mana-mana bahagian kereta. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.