BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Pertanyaan: Assalamualaikum Ustaz, saya ada satu kemusykilan berkaitan dengan menerima makanan yang di buang untuk mengikut SOP yang telah ditetapkan, Situasinya adalah seorang Pengurus diamanahkan untuk membuang makanan yang telah melebihi tempoh piawaian yang ditetapkan, tetapi pengurus tersebut mengambil keputusan untuk memberi makanan kepada orang lain tanpa membuangnya. Adakah haram untuk saya menerima makanan tersebut kerana saya sudah ketahui piawaian yang ditetapkan oleh syarikat tersebut.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum menerima makanan tersebut adalah harus asalkan makanan tersebut halal, masih baik keadaannya serta tidak memudharatkan seperti boleh menyebabkan sakit perut dan sebagainya. Begitu juga tidak boleh salahkan pihak lain jika ada keracunan kerana telah diketahui piawaian tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 146

message user image