Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalammualaikum. suatu ketika dulu jika suami berjanji untuk lepaskan saya, apabila dia curang lagi dan beri gelaran sayang pada wanita lain. adakah itu dikira lafaz talak. dan adakah bila dia ulang kali perbuatan yang sama talak akan jatuh
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, janji suami untuk melepaskan puan sekiranya dia curang dan menggelarkan wanita lain dengan gelaran sayang, merupakan kinayah taklik. Ini kerana suami tidak menggunakan perkataan lafaz cerai. Justeru perkara ini memerlukan kepada niat suami, sama ada suami puan berniat cerai ataupun tidak. Jika masih ragu terhadap situasi tersebut, adalah disyorkan untuk mengemukakan perkara ini ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk pengesahan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.