BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbt. Saya ada satu pertanyaan mengenai hukum talak berdasarkan pada situasi diberi. Sepasang suami isteri telah bergaduh mengenai hal-hal rumah dan dalam pertelingkahan itu, isteri ada menyebut untuk diceraikan jika permintaannya tidak diikuti. Akibat marah, suami bertanya pada isteri (cth: Awak nak saya cerai?) dengan nada marah dan tanpa niat untuk menceraikan isteri. Persoalannya, adakah talak ini dikira atau tidak. Saya memohon pencerahan daripada ustaz. Terima kasih ustaz.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan, contoh ayat yang tuan berikan itu adalah ayat berbentuk pertanyaan. Ia bukan ayat lafaz talak yang membawa kepada perceraian. Ketika ayat tersebut diucapkan, suami juga mengaku tidak berniat untuk menceraikan isterinya. Oleh itu talak tidak jatuh. Bagaimanapun, jika masih terdapat keraguan pasangan suami isteri tersebut dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat rundingcara kekeluargaan di mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk penjelasan lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 135

message user image