BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya, apakah hukum seseorang yang solat 5 waktu tetapi masih tetap melakukan perkara yang dilarang seperti minum arak dan pergi ke kelab malam. Dan apakah yang boleh dilakukan oleh isteri jika suaminya melakukan hal yang demikian. Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, solat 5 waktu yang sempurna akan dapat mencegah diri daripada segala kemungkaran dan kemaksiatan kepada Allah SWT. Bagaimanapun, apabila didapati orang-orang yang melakukan solat tetapi masih lagi berbuat perkara yang mungkar dan dilarang oleh Islam, teruskanlah berdoa agar hatinya diberi hidayah oleh Allah SWT dan dipelihara daripada terus melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam. Jika mampu, tegurlah secara baik. Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al Khudri RA, katanya: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ. رواه مسلم Maksudnya : “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman”. (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 156

message user image