BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Saya ingin bertanya berkaitan talak kinayah. Adakah jatuh talak jika isteri berkata "saya tak suka/tak nak suami macam kamu, benda kecil suka diperbesarkan" dan suami terus membalas "saya pun tak suka/tak nak isteri macam ni, selalu nak marah marah" si suami tiada niat untuk menceraikan isterinya. Suami berkata begitu kerana ingin membalas percakapan isterinya. Salah faham itu cuma buat seketika dan mereka berbaik selepas itu. Saya harap pihak tuan dapat memberi penjelasan di atas situasi ini. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, salah faham suami dan isteri tersebut bukanlah talak kinayah. Ia merupakan masalah mengenai sikap seorang suami yang tidak disukai oleh isterinya kerana suka memperbesarkan hal-hal kecil, dan juga sikap seorang isteri yang tidak disukai oleh suaminya kerana suka marah-marah. Justeru, perkara tersebut bukanlah talak kinayah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 154

message user image