BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: 1. adakah sah lafaz talak yang dikatakan telah dilafazkan oleh suami yang dibuat secara kinayah kepada isteri kemudiannya suami telah meninggal dunia ? 2. Adakah cerai secara kinayah perlukan niat suami ? 3. Bolehkah orang lain yang mendengar lafaz cerai dan menyatakan bagi pihak suami kerana suami sudah meninggal dunia (contohnya anak-anak mendengarnya ) ? 2. Adakah perceraian secara kinayah boleh berlaku kerana tidak diketahui sama ada suami berniat atau tidak untuk menceraikan ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, 1. Lafaz talak secara kinayah hanya boleh dijelaskan oleh suami sahaja kerana hanya suami yang dapat menentukan sama ada dia benar-benar berniat cerai atau tidak kerana lafaz kinayah adalah bukan lafaz yang jelas dan sareh. Adalah menjadi kesukaran untuk mengesahkan lafaz tersebut kerana si pelafaz telah meninggal dunia. Bagaimanapun, saudara dinasihatkan merujuk perkara ini di Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk membuat pengesahan lanjut. 2. Ya, lafaz cerai secara kinayah perlu kepada niat suami. Hanya suami sahaja yang boleh menjelaskan sama ada dia berniat menceraikan isteri atau tidak. 3. Boleh sekiranya pihak Mahkamah Syariah menghendakinya memberi keterangan di mahkamah. 4. Perceraian secara kinayah perlu ada keterangan dan penjelasan daripada suami yang melafazkan. Adalah sukar untuk menentukan sejauh mana lafaz tersebut sah atau tidak kerana tidak dapat dibuktikan apa niat yang sebenar. Justeru hanya pihak Mahkamah Syariah sahaja yang berbidang kuasa untuk menentukannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 181

message user image