BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: saya sepejabat dengan orang cina , dan tempat mereka sembahyang ada di dalam pejabat dan saya juga bersembahyang di pejabat yang sama tetapi di dalam sebuah bilik yang boleh ditutup dan tidak terpampang ketika saya bersolat , boleh kah saya bersolat di dalam pejabat tersebut sedang kan saya tahu ada berhala atau tempat mereka kaum cina bersembahyang.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, puan boleh sahaja menunaikan solat dalam pejabat, kerana puan bukan solat ditempat yang sama dengan orang cina tersebut. Pastikan bilik yang digunakan untuk solat berkeadaan bersih dan suci. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 79

message user image