Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Memohon pencerahan.. Adakah sah cerai (Isteri : lepas ni kalau awk curang lg, kita lepas(cerai) Suami : Ya Dan si suami pun kantoi lagi curang. Dalam situasi ini, apakah jatuh talaknya tuan?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, lafaz dari suami adalah lafaz kinayah, maka ia bergantung kepada niat suami, jika berniat talak maka jatuh talak, namun jika tidak berniat talak, maka talak tidak jatuh. Namun Puan dinasihatkan untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut di Mahkamah Syariah yang berdekatan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.