BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : JENAYAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum membunuh kucing? Seorang hamba Allah ni, dia sedang marah kerana kucing masuk rumah. lalu dia angkat kucing itu kemudian dia hempaskan ke lantai. kucing itu patah tengkuk dan mati.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum membunuh kucing tanpa sebab adalah berdosa dan tidak dibolehkan. Umat Islam dituntut untuk melakukan kebaikan sesama makhluk, begitu juga terhadap haiwan. Terdapat hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: عُذّبت امرأة في هرّة ، سجنتها حتى ماتت ، فدخلت فيها النار ؛ لا هي أطعمتها ، ولا سقتها إذ حبستها ، ولا هي تركتها تأكل من خشاش الأرض Maksudnya : “Diazab seorang wanita kerana telah memenjarakan seekor kucing (disimpan dalam satu tempat) sehingga mati, lalu wanita itu dimasukkan ke neraka. Dia sengaja tidak memberi makan dan minum kepada kucing itu sewaktu disimpan, tidak juga dilepaskan kucing itu untuk memakan apa-apa di atas muka bumi!” (Riwayat al-Bukhari) Pengajarannya ialah, berbuat ihsan terhadap haiwan adalah wajib, dan haram hukumnya jika menyakiti dan menzalimi haiwan. Untuk itu, di Malaysia telah ada Akta Kebajikan Haiwan 2015 dimana individu yang melakukan penganiayaan terhadap haiwan-haiwan boleh diambil tindakan undang-undang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 770

message user image