BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukumnya lelaki menonton filem yang dilakonkan oleh pelakon wanita kafir yang mendedahkan aurat dan juga apakah hukumnya lelaki menonton rancangan berita yang disampaikan oleh wanita Islam tetapi mendedahkan aurat.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, menurut Imam Nawawi, hukum melihat aurat ajnabi samada bagi lelaki dan wanita, muslim atau kafir adalah haram dengan ijma’ ulamak. Hadith yang diriwayatkan daripada Buraidah bahawa Nabi SAW telah bersabda kepada Ali RA; يَا عَلِيُّ! لاَتُتْبِعِ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ, فَإِنَّمَا لَكَ الأُولَى وَلَيْسَتْ لَكَ الأَخِيْرَةُ Maksudnya : “Wahai Ali! Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tapi tidak yang kedua” (Riwayat Abu Daud) Televisyen hari ini adalah ciptaan yang menakjubkan dan boleh dimanfaatkan oleh umat Islam untuk tujuan dakwah, menyebarkan maklumat dan ilmu. Umat Islam perlulah menapis program mana yang sesuai untuk dirinya dan keluarganya. Kini, telah wujud siaran-siaran berita yang disampaikan oleh penyampai berita yang menutup aurat seperti TV al-Hijrah, Berita Oasis dan sebagainya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 208

message user image