Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya sering keluar darah pada gusi setiap hari tetapi keluar bukan secara berterusan. Bermaksud setelah saya berkumur, beberapa jam selepas itu baru darah keluar lagi. Adakah darah yang keluar tersebut dikira sebagai najis yang dimaafkan?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, darah adalah najis. Tetapi, darah yang sedikit dan susah untuk mengawalnya adalah dimaafkan. Oleh itu, darah yang keluar pada gusi adalah dimaafkan. Bagaimanapun, ia perlu sentiasa dibersihkan, berkumur-kumur terutamanya ketika hendak mendirikan solat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.