Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, saya ada pertanyaan mengenai Zihar. Tiga tahun yang lepas saya pernah terlafaz mengatakan rupa isteri saya serupa dengan kakak saya. Perbuatan saya ditegur oleh isteri dan dia memberitahu saya itu adalah berdosa. Pada masa itu saya tidak mengetahui mengenai zihar. Selepas daripada itu saya tidak mengulangi perbuatan tersebut. Persoalan saya: 1) Adakah perbuatan saya itu dikira zihar? 2) Jika ya, apa yang perlu saya lakukan kerana perkara itu sudah lama berlaku?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, 1) Pernyataan rupa isteri saya serupa dengan isteri saya adalah berupa lafaz zihar kinayah. Ia boleh membawa makna zihar dan bukan zihar. Seandainya ketika mengungkapkannya suami tidak berniat menziharkan isterinya ia bukanlah dianggap sebagai zihar. 2) Apabila suami tidak berniat zihar kerana tidak tahu, maka tidaklah terjadi zihar dan suami tidak perlu membuat bayaran kaffarah zihar. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.