BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Boleh kah saya membaca surah Yasin dalam keadaan haid dan bacaan tersebut di sedekahkan buat arwah awah.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, adalah tidak dibolehkan untuk membaca surah Yasin dalam keadaan haid, ia sama seperti puan tidak dibolehkan menunaikan ibadah solat dan puasa ketika berada dalam keadaan haid. Sebaiknya, bacalah surah Yasin ketika dalam keadaan suci untuk disedekahkan kepada arwah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 115

message user image