Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: As salam. saya ingin bertanya, apakah hukum saya mengambil gambar ketika travel di tempat menarik seperti gereja di perancis untuk sekadar bergambar?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hukum mengambil gambar di tempat-tempat yang menarik adalah harus. Ia termasuk mengambil gambar bangunan gereja. Perkara ini dibolehkan sekadar untuk bergambar tanpa ada niat mempercayai atau membesarkan kepercayaan agama tersebut. Sebaliknya, hendaklah diniatkan untuk dijadikan iktibar dari kisah orang-orang yang mendustakan agama Allah SWT, sebagaimana firman-Nya: قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ سُنَنٌ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ Maksudnya : “Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)”. (A-li'Imraan :137) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.