BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Isteri saya keluar rumah dan bawa anak-anak tanpa pengetahuan saya, atas sebab selisih faham dan pergaduhan, saya cuba mesej ingin tahu dimana? isteri saya tidak bagi tahu dan dia tidak bagi saya bercakap dengan anak-anak. apa hukum isteri buat begitu? dan apa saya perlu buat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, perbuatan isteri keluar rumah membawa anak-anak tanpa keizinan suami hukumnya adalah berdosa dan boleh disabitkan sebagai nusyuz. Isteri wajib patuh dan taat kepada suaminya selagimana ketaatan itu bukan kepada perkara yang menyalahi hukum syarak. Suami perlu mengingatkan isteri tentang hukum mentaati suami sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.” (an-Nisa : 34) Bagi mengelakkan nusyuz suami hendaklah menasihati isteri, Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (an-Nisaa' : 34) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 240

message user image