BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum memakai minyak dhob untuk tujuan tenaga batin bagi seseorang yang belum berkahwin?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, hukum memakai minyak dhab, tertakluk kepada dua keadaan; 1) Ia menjadi haram apabila tujuan penggunaannya ke arah melakukan zina dan maksiat. 2) Sebaliknya, ia dikira harus apabila bertujuan ; i. Mengekalkan keharmonian rumah tangga. ii. Mendapatkan lebih ramai zuriat. Dalam hal ini, ia bergantung kepada niat individu tersebut, samada untuk tujuan baik ataupun buruk. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 260

message user image