BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Hukum Menggunakan Produk Aura Assalamualaikum wrt.wbt. Saya ada persolan ingin bertanya. Bolehkah kita menggunakan produk-produk aura seperti aura seri/mandian 7 bunga/aura miracle spray/garam aura rezeki dan lain-lain produk aura di pasaran untuk meningkatkan aura positif, menyerlahkan pesona diri serta penarik jodoh & rezeki. Adakah penggunaan produk ini tergolong dalam syirik moden? Mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, menggunakan produk pelbagai jenama seperti aura seri/ mandian 7 bunga dan sebagainya adalah harus, selagi mana bahan-bahannya adalah halal dan suci. Ianya hanya pada nama sebagai suatu strategi pemasaran atau pengenalan tentang sesuatu produk. Bagaimanapun, jika mempercayai sesuatu produk sehingga mempunyai kuasa tertentu, ia boleh menjejaskan aqidah dan perlu dihindarkan kerana yang boleh memberi manfaat dan mudharat hanya Allah SWT sahaja. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 238

message user image