BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum. saya ingin bertanya kalau seseorang isteri ingin meminta fasakh dari suaminya atas sebab suami tidak bekerja, nafkah anak hanya rm300 sebulan untuk membeli susu, pampers, pakaian dan makanan anak bawah 1 tahun, nafkah isteri tiada, gelang tangan emas yang diberi ketika akad nikah digadai, mendoakan anknya menjadi kurang ajar, ketika isterinya mengandung si suami sering keluar rumah dan balik awal pagi dan sukar dibawa berbincang.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tidak menjadi kesalahan bagi isteri yang ingin memohon fasakh dari suaminya disebabkan perkara-perkara tersebut. Justeru, puan bolehlah laporkan ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk pendaftaran kes fasakh dan tindakan selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 143

message user image