Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum Ustaz, saya hendak bertanya. Saya ada menyertai kaji selidik berbayar. Iaitu jika saya dapat menjawab kaji selidik tersebut hingga selesai . saya akan diberi point. Point tersebut boleh tebus dengan wang tunai. Tetapi sewaktu saya menjawab soalan kaji selidik itu, saya tidak menjawab dengan jujur. Tetapi kadang kala saya jawab dengan jujur. Selesai saya menjawab kaji selidik tersebut, saya memperolehi point untuk ditebus dengan wang tunai. Saya sudah menebus point tersebut dengan wang tunai. Soalan saya.. Adakah hasil wang tunai yang saya perolehi hasil daripada saya menjawab kaji selidik berbayar itu menjadi halal atau haram kerana saya memperolehi wang tunai tersebut hasil saya menjadi kaji selidik tidak jujur. Mohon ustaz beri penjelasan. Terima Kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, wang tunai tersebut boleh diterima dari hasil usahanya menyertai kaji selidik. Bagaimanapun, perbuatan tidak jujur itu adalah suatu kesalahan yang mendatangkan dosa. Justeru, hendaklah bertaubat dan tidak mengulangi ketidakjujuran tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.