BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: AsSalam tuan. Isteri saya didapati positive dengan penyakit kanser, dan dapat pampasan daripada syarikat takaful yang disertainya. Soalan 1: perlukah dia berzakat dan berapa kadarnya? Soalan 2: Jika selepas itu dia memberi sebahagian pampasan itu kepada saya, perlukah saya pun berzakat juga? TQ dan Wassalam.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, secara asasnya produk takaful merupakan salah satu bentuk simpanan / pelaburan yang mempunyai unsur harta zakawi dan tertakluk kepada kewajiban zakat jika ia telah memenuhi syarat. Sebagaimana firman Allah SWT, yang bermaksud: “Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka kabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (at-Taubah : 34) Adapun pampasan yang diterima disebabkan musibah penyakit (kanser) sememangnya ia perlu mengeluarkan zakat kerana ia dikira sebagai zakat pendapatan yang mana kadarnya adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan pampasan yang diterima. Manakala sebahagian wang pampasan yang diberikan kepada suami ia tidak perlu dikeluarkan zakat kerana ia diperolehi secara mengejut dan tidak berkala serta tetap, melainkan wang itu disimpan dan perlu dikeluarkan zakat simpanan berkala dengan duit lain apabila sudah mencukupi nisab dan haul. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 79

message user image