Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Adakah tempoh lama bertunang itu akan membahayakan? atau selagi mana kita menjaga adab dan ikhtilat semuanya akan baik? Sebab saya merancang untuk bertunang dan meletakkan setahun masa untuk kami menstabilkan diri masing-masing.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, sebaik-baiknya tempoh bertunang jangan mengambil masa yang lama. Sama ada membahayakan atau tidak ia bergantung kepada sikap dan kefahaman kedua-dua pihak. Ikatan pertunangan tidak menghalalkan perkara-perkara yang sebelumnya terlarang. Alasan menunggu masa yang stabil adalah sesuatu yang sangat subjektif, tidak ada ukuran tertentu. Sebaliknya, sikap dan persefahaman itulah yang akan membawa kepada stabil atau sebaliknya. Manusia sering berhadapan dengan ujian. Begitu juga diperingkat pertunangan. Uruslah dengan nilai agama, insya-Allah selamat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.