BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbt, soalan saya, adakah boleh lelaki mengahwini perempuan yang kurang 40 hari selepas perempuan itu bersalin anak luar nikah hasil dari keterlanjuran bersama si lelaki itu


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, tiada larangan bagi lelaki itu untuk mengahwini perempuan tersebut kerana beliau bukannya isteri orang, dan anak yang dilahirkan itu adalah anak tidak sah taraf dari segi syarak dan tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya. Oleh itu, tiada iddah baginya. Namun, jika menurut pendapat yang mengatakan ada iddah, maka tamat iddahnya adalah selepas melahirkan anak. Maka dalam dua-dua keadaan ini, sah pernikahan tersebut. Pernikahan yang dilakukan selepas perempuan itu bersalin perlulah mengikut rukun dan syarat-syarat sah pernikahan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 89

message user image